1.Pelan Simpanan Persaraan yang direka khas bersesuaian dengan semua.
Dana Persaraan KOPP berfungsi sama seperti Pelan Simpanan biasa, tetapi ianya menawarkan lebih kepada sebab yang khusus iaitu Persaraan. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan pendapatan untuk tahun-tahun yang mendatang selepas anda bersara.
Objektif KOPP
- Satu Skim Persaraan yang ringkas, mampu dimiliki dan produktif tinggi untuk mereka yang bekerja sendiri dan sesiapa yang tidak membuat simpanan di KWSP bagi memastikan sesuatu telah dirancang untuk hari emas mereka.
- Sebagai pelengkap dan sokongan kepada simpanan di KWSP yang mana ianya mungkin tidak akan mencukupi untuk memastikan pesara dapat mengekalkan gaya hidup yang biasa mereka lalui.
- Supaya rakyat Malaysia dapat meneruskan kehidupan mereka hari ini dan mempunyai taraf kewangan yang cerah untuk hari esok menerusi Pelan Simpanan yang ringkas yang akan menyediakan jalan penyelesaian yang mudah dalam membina satu asas kewangan yang lengkap untuk persaraan yang anda idamkan.

Mengawal Hari Persaraan Anda
Ia bukan setakat menyimpan wang. Ia adalah asas pada masa hadapan anda. Anda melabur dengan baik melalui KOPP untuk memastikan dapat menikmati persaraan yang anda inginkan. Dengan Dana Persaraan Kopp, ianya amat mudah untuk anda memulakan simpanan. Sama ada anda baru saja tamat pengajian ataupun baru bekerja untuk beberapa tahun. Ianya adalah jalan yang ringkas untuk membina satu asas kewangan yang kukuh khas untuk waktu persaraan anda.
Mulakan sekarang dan menyumbang dengan teratur
Wang anda berpotensi untuk berkembang pesat jika anda mulakan simpanan seawal yang mungkin. Ini kerana wang anda berpotensi untuk meningkat dan terus meningkat untuk kegunaan anda. Tetapi jika anda belum lagi memulakan simpanan, adalah lebih baik jika anda mulakan sekarang. Menyumbang dengan teratur adalah kuncinya. Gunakan khidmat kami dan lihatlah Faedah-faedah yang diperoleh denganpenyimpanan awal dan bagaimana sistem simpanan dalam organisasi yang tidak berasaskan keuntungan ini boleh membuat bayaran.
Bayar untuk diri anda dahulu.
Teknik Bukti-masa adalah dengan meletakkan ketepi Dana Persaraan anda sebelum anda berkesempatan untuk menggunakannya. Aturkan satu pengeluaran yang bersistem daripada pendapatan anda dan bayarlah untuk diri anda sebelum orang lain melalui Simpanan atau Skim Persaraan. Dengan itu, anda akan dapat meyimpan dengan teratur, memudahkan dan anda tidak akan lupa dengan membelanjakan wang di tempat lain.
Mengapa Menyimpan untuk Persaraan adalah Penting
Kebanyakkan orang merancang pelbagai perkara untuk diri mereka seperti rumah, percutian dan sebagainya, tetapi terlalu sedikit yang membuat perancangan untuk hari persaraan mereka. Berapa banyak masa yang anda ada sebelum anda memulakan perancangan untuk persaraan anda. Adalah satu idea yang baik untuk memikirkan cara hidup yang anda inginkan dengan menampung diri anda sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Terdapat (3) faktor bermain difikiran untuk membantu anda meneruskan hidup:-
- Menentukan matlamat jangkamasa panjang anda Fikirkan di mana diri anda setelah anda bersara nanti. Pada tahap ini anda mungkin 10% tidak pasti, tetapi idea-idea yang anda perolehi dapat membantu anda mencapai perancangan anda.
- Buat penilaian terhadap situasi kewangan anda yang sedia ada.Berapa banyak anda dapat laburkan sekarang untuk persaraan anda? Simpan beberapa ringgit seminggu atau sebulan, simpanan persaraan anda berpeluang untuk berkembang pesat.
- Mengetahui tahap kesabaran andaAdalah penting untuk anda berasa selesa dengan cara duit anda dilaburkan. Asas keperluan yang perlu difikirkan– tempat untuk hidup (jika anda tiada rumah sendiri) makanan, perubatan dan kenderaan.

Kira Berapa Yang Anda Perlukan
Berapa banyak wang yang anda perlukan? Ianya bergantung pada anda.
Dianggarkan 70% ke 80% pendapatan semasa diperlukan anda untuk meneruskan cara hidup yang sedia ada sewaktu persaraan anda nanti.
Berapa banyak yang akan anda perolehi?
Sekarang anda mempunyai perancangan dalam menguruskan perbelanjaan hidup setelah bersara. Anggarkan sejumlah wang yang boleh anda dapat daripada akaun persaraan anda itu.
Kekalkan Matlamat
Sekarang anda mempunyai perancangan untuk persaraan dan bertanggungjawab dengan menyumbangnya seperti biasa. Perhatikan kembali perancangan biasa dan perubahan cara hidup semasa anda. Sebagai seorang yang mengalami perubahan situasi itu, perancangan persaraan anda mungkin perlu diubah untuk mengekalkan matlamat anda.
Jangan sentuh simpanan anda
Jangan menurunkan jumlah simpanan persaraan anda. Anda kemungkinan akan kehilangan jumlah yang besar dan faedah termasuklah faedah cukai.
Siapakah Pemegang Amanah dalan Dana Simpanan ini?
Semua sumbangan dibayar terus kepada Universal Trustee (M) Bhd (dahulu dikenali sebagai Standard Chartered Trustee (M) Bhd). Mereka merupakan Pemegang Amanah bagi Dana ini dan membuat bayaran balik semua sumbangan apabila tiba tarikh matang.
Dimanakah dana ini dilaburkan?
Dana ini dilaburkan oleh Pengurus Dana Bebas dalam cip biru (blue chips), bond, saham yang terdahulu (IPO) dan Unit Amanah sahaja.
Bagaimana ia mendatangkan pulangan yang tinggi?
Ini disebabkan kegiatan dan kelebihan kedudukan kami sebagai sebuah badan koperasi. Tambahan pula, sebagai badan koperasi, kami tidak perlu membayar cukai korporat seperti badan-badan swasta yang lain. Kami hanya perlu membayar cukai pendapatan sebanyak 5% berpandukan skala menurun (pendapatan tinggi, cukai rendah). Dengan ini, baki daripada pulangan sumbangan dibayar terus kepada anggota sebagai faedah.
Siapa boleh memohon?
Semua rakyat Malaysia yang berumur 21 hingga 45 tahun boleh memohon. Anggota boleh memilih untuk membuat sumbangan mereka sama ada secara bulanan, 3 bulan sekali, 6 bulan setahun atau tahunan sebagai simpanan dalam KOPP Retirement Fund.
Apabila anggota mencapai umur 55 tahun (tarikh matang), mereka akan menerima pulangan penuh sumbangan termasuk faedah terkumpul atau memilih pengeluaran awal pada umur 50 tahun.
Jadual Sumbangan dan Faedah
|